Isnin, 1 Ogos 2011

bulan kita~ RAMADHAN

           


            ahlan wasahlan ya ramadhan.. kaifa haluk? eceche.. =) selamat berpuasa kengkawan.. pose x?? jgn xpose.. dose taw.. gastrik tu hanya alasan yg xleh diterima pakai oleh kajian perubatan ketika berpuasa.. xcaye?? betul laa.. apabila telah diniatkan dalam aty utk berpuasa, secara otomatik mind setting akan bergerak seiring dgn fisiologi badan.. jd masalah ponteng pose dsebabkan gastrik tu dtg bila kita ubah mind setting kpd "x larat.. xkuat.. lemah.. sakit perut.." argghh, suma tu alasan jer taw.. pesakit dlm ospital tu pon berpuasa, korang??? sihat mihat gagah perkasa lg malas berpuasa.. malu sehhh.. (tp klu ada keuzuran tu x mengapalah..) hehe.. " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" - Al-Baqarah ( 2 : 183 )


            okeh, bulan ramadhan ni bkn sahaja kita dituntut berpuasa malah kena seiring dengan amalan2 sunat yg lain yg xde dlm bulan lain iaitu solat terawih.. untungnya lah Allah berikan bulan ramadhan ni pada umatnya yakni kita.. bulan2 len manada amalan khusus spt solat sunat terawih.. rejab ada?? syaaban?? tp usah lupa juga amaln2 yang biasa dilakukan sehari2an.. cuma bulan ni, kenalah rebut emas2 akhirat(pahala) yg telah dsediakan pihak penganjur(ALLAH SWT).. jgn terlena dbuai mimpi indah, rugi.. INGATAN UTK DIRI SENDIRI!..  masa yg berlalu xkan berputar kembali mengejar kita.. hurm, teringat dosa2 lalu.. malu pada diri.. uhuk2.. alangkah, jahilnya aku.. (biarkan bersendirian utk bermuhasabah diri..)

          aehh3.. sebeno nyer kan, aku juz nak kongsi fadhilat solat terawih jer.. huhu.. terlabey sudaaa... 

FADIHILAT SOLAT TERAWIH(i copy jer, utk dkongsi bsama)

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka
orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerussemoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil danAl-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(MasjidNabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribuMalaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dankeburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malay College Class of 2004
http://www.mc0004.com Powered by Joomla! Generated: 10 August, 2010, 11:38

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah ngkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.




        wahai kawan2, marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak (bkn Mubarak Majid @ husni mubarak k).. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih keberkatan dariNYA.. amin..
can cin chaw... whoooopssss..(trade mark abg ipo aku...pinjam jap)




               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan